HPJ.

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/PuanUntuk makluman, Hospital Putrajaya (HPj) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan sehingga kini beroperasi dengan 397 buah katil. Statistik kehadiran pesakit luar yang mencecah sehingga 1,000 orang setiap hari, ditambah dengan warga kerja sedia ada sebanyak 2,000 orang menjadikan hospital ini sebagai kawasan tumpuan yang amat padat.
3. Walau bagaimanapun, surau sedia ada di HPj adalah kecil dan menyukarkan bilangan pelawat yang ramai menggunakan kemudahan tersebut. Selain itu, ketiadaan balai pelawat di HPj juga menyebabkan ramai waris pesakit yang datang daripada jauh terpaksa bermalam di lobi HPj.
4. Sehubungan dengan itu, pihak HPj dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk menyediakan tanah kosong bersebelahan taman permainan kanak-kanak berhadapan lobi utama HPj sebagai tapak Surau dan Balai Pelawat yang akan digunakan secara bersama oleh pesakit, pelawat dan warga kerja HPj dan Institut Kanser Negara (IKN) yang berada bersebelahan. Untuk makluman, anggaran perbelanjaan bagi pembinaan Surau, balai pelawat dan TASKA tersebut adalah berjumlah RM6.01 juta berserta prasarana dengan kapasiti maksimum seramai 1,000 orang Jemaah.
6. Justeru, HPj dengan penuh pengharapan memohon YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan memberikan sumbangan ikhlas bagi menampung pembiayaan Surau & Balai Pelawat. Mohon pihak YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan memanjangkan hebahan ini juga kepada pihak lain yang berminat untuk menyumbang ke arah fisabilillah. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun seperti berikut:
I. Nama Bank : Bank Islam
Tabung Pembinaan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya
No Akaun: 16018010027944
atau
II. Nama Bank : Bank Rakyat
Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya
No. Akuan: 110981002095
7. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Bagi sebarang persoalan berhubung perkara ini boleh menghubungi Ustaz Kamaruzaman bin Abdul Aziz di talian 03-8312 1910, Ustazah Ummiaton binti Koronay di sambungan 4378 atau Puan Suziyana bt Sukri di talian 019-4300470.
Sekian, terima kasih.
Saya Yang Menjalankan Amanah.

Hjh Noorhayati bt. Hj. Amin
Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Hospital Putrajaya
Presint 7
62250 Putrajaya
Tel.:03-83145586
Fax:03-88880137

Walaupun tidak menderma harap share untuk kebaikan bersama.
Semoga dilimpahkan pahala berlipat kali ganda.

Tazkirah.

https://www.facebook.com/TGAR.ANNUURI/videos/2859290387730880/
______________________________

🌸 *INTISARI TAZKIRAH*🌸
*JUMAAT*
______________________________
*✒️Kehidupan didunia ini ibarat permainan demi permainan*
*✒️Permainan dunia ini hanya akan melalaikan dan juga amat meletihkan kerana disebabkan lupa kpd Allah dan melihat kpd keupayaan mahluk*
*✒️Jln penyelesaian kembali kpd لا اله الا الله محمد رسول الله terkandung didlm akidul iman utk dibawa dlm kehidupan menjadikan Allah sentiasa dirujuk*
*✒️Isu Iman adalah sesuatu yg tersembunyi dimana Allah SWT dijadikan rujukkan, di jadikan ingatan ( Allah sentiasa dihati) dan sentiasa dikasihi, sentiasa disyukuri, sentiasa di ta’zimi (dibesarkan diagungkan)*
*✒️Dgn tiada detik yg berlalu dlm kehidupan ini melainkan adanya Allah SWT, apa shj nikmat itu melainkan dtgnya dari Allah SWT, semuanya terkadung dlm*
*لا اله الا الله محمد رسول الله*
*✒️Pada 50 Akidul Iman dan 41 ada pada Iman kpd Allah dan 9 kpd Mohammadurasulullah SAW, ulamak menyimpulkan kesemuanya itu dibawah Mohammadurasulullah yg diumpamakan bagaikan laut yg tidak bertepi, kerana dgnnya lah kita dpt mengenal akan Allah, kerana dialah wasillah utk kita sampai kpd Allah*
*✒️Justru itulah kita perlu menuntut akan ilmu pewaris drpd Nabi yg bersanad rantaiannya dgn Nabi itulah jln dpt kita mengenal akan Allah SWT*
*✒️Kerana pada diri Rasulullah SAW itulah segala khazanah melaluinya, spt kita dpt kemuliaan Jumaat, bulan Ramadhan, mlm Lailatulkadar kerana MohammaduRasulullah SAW*
*✒️Bykkanlah Selawat atas nabi kerana disana adanya rahsia atas rahsia*

*Waullahuallam*

*Perkongsian dari petikan Tazkirah Oleh Tn Guru Ahmad Rozaini Abdul Rahman An-Nuuri*

Open letter.

Konspirasi dan Scandal Rasuah di Malaysia

Surat Terbuka Kepeda:
YANG DI-PERTUAN AGONG-DYMM SERI PADUKA BAGINDA

SULTAN JOHOR-DYMM BAGINDA SULTAN

YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

KETUA SETIAUSAHA NEGARA YBHG TAN SRI MOHD ZUKI BIN ALI

ANGGOTA ANGGOTA PENGUATKUASAAN YANG MULIA DAN JUJUR

Konspirasi dan Scandal Rasuah di Malaysia
STRAITS INTER LOGISTICS BERHAD
TUMPUAN MEGAH DEVELOPMENT SDN BHD

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Ampun Tuanku, Daulat Tuanku.

Warga Malaysia dan rakan-rakan yang saya cintai, ini adalah sebuah kisah yang benar dan sedang berlaku sampai sekarang. Kes ini telah bertahun-tahun. Kes ini mengenai satu sindiket mencuci wang haram dan seludup minyak haram, rokok haram dan arak haram yang cukup kaya, besar serta diselindung dengan baik oleh pihak yang berkuasa.

Sindiket tersebut telah mengawal dan memperalatkan anggota-anggota penguatkuasaan Malaysia termasuk menteri-menteri politik selama ini seolah-olahnya kerajaan Malaysia dan undang-undang Malaysia adalah salah satu alat dan teknik untuk menyatukan perniagaan haram mereka.

Anggota penguatkuasa yang terbabit dalam scandal ini adalah dari pelbagai jabatan kerajaan yang berbeza termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Marin Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia.

Apa yang sangat menakjubkan adalah bukan sahaja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak mengambil tindakan terhadap sindiket tersebut, malahan di sebaliknya SPRM juga menerima rasuah dari sindiket tersebut untuk menghapuskan bukti-bukti memberi rasuah dan mengambil tindakan undang-undang secara fitnah terhadap syarikat yang lain.

Sindiket tersebut telah memperalatkan pengawai penguatkuasaan Malaysia dengan sesuka hati untuk menghapuskan syarikat yang lain dalam bidang perniagaan yang sama. Anggota-anggota penguatkuasaan Malaysia yang telah dikawal oleh sindiket tersebut bukan hanya dari golongan yang berpangkat jawatan rendah sahaja, malahan ia juga membabitkan pengawai-pengawai yang berpangkat tinggi yang cukup berkuasa untuk mempengaruhi pengurusan di dalam jabatan tersebut.

Sindiket tersebut menawarkan godaan yang lumayan kepada para pegawai penguatkuasaan yang sudi memberi kerjasama dengan mereka. Contohnya pegawai- pengawai tersebut akan dilindungi daripada SPRM walaupun mereka menerima rasuah dari sindiket ini setiap bulan.

Selain daripada konspirasi memperalatkan anggota-anggota penguatkuasaan, sindiket tersebut juga terkenal dengan mempunyai hubungan yang rapat dan kukuh dengan Keluarga Diraja . Dengan adanya latar belakang yang luar biasa ini, sindiket tersebut berjaya mengawal perlabuhan-perlabuhan yang tertentu di perairan wilayah timur dan perairan wilayah selatan dengan sengaja tidak memberi surat sokongan kepada sesiapa yang ingin memohon untuk beroperasi di perairan perlabuhan tersebut. Justerus itu, tiada syarikat yang lain akan mendapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti membekal minyak secara kapal ke kapal. Melalui hubungan yang luar biasa ini, sindiket haram ini telah berjaya monopoli dan mengawal perniagaan haram di perairan wilayah timur dan perairan wilayah selatan terutamanya perlabuhan Kemaman. Kepada sesiapa sama ada individu atau syarikat yang telah melabur di wilayah timur dan wilayah selatan akan diatasi oleh anggota penguatkuasaan dengan kesalahan yang tidak wujud dan dituduh secara fitnah walaupun individu atau syarikat tersebut telah menlabur dan menjalankan perniagaan secara sah berdasarkan perundangan Malaysia.

Sindiket ini mempunyai kemahiran yang tinggi dengan strategi-strategi untuk menduduki pasaran menjual minyak, arak dan rokok haram. Justerus itu, sindiket tersebut selalu menjaga hubungan yang baik dengan Menteri Pengangkutan Malaysia kerana pengangkutan merupakan aset utama mereka untuk menggerakan barangan haram di seluruh Malaysia.

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia mempunyai hubungan yang luar biasa dan rapat dengan sindiket tersebut. Sejak beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia pada bulan March yang lalu, beliau telah mengistiharkan MSN 16/2020 bahawa kapal tanker dengan “single haul, single bottom” atau “single haul, double bottom” tidak dibenarkan untuk mengangkut Heavy Grade Oil (Fuel Oil) dan Marine Gas Oil (Diesel). Walaupun MSN16/2020 akan menjejaskan ekonomi dengan serius dan teruk di dalam negara kami, namun beliau tidak membawa topik ini untuk dibahaskan di Palimen serta mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Laut melaksanakan dengan segera tanpa menerima nasihat yang baik daripada Jabatan Laut dan tanpa membincangkan topik ini dengan Persatuan Pemilik Kapal Malaysia.

Dengan ini, dapat membuktikan bahawa YB Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong telah dipengaruhi dan dikawal oleh sindiket yang kaya tersebut dan mengistiharkan MSN16/2020 menurut permintaan daripada sindiket tersebut. Sindiket tersebut juga memberi janji berkongsi keuntungan bersih pada setiap pesanan minyak di perairan laut Malaysia kepada YB Datuk Seri Wee Ka Siong.

MSN 16/2020 ini telah memberi kesan negatif lebih daripada 95 peratus pemilik kapal tanker yang berwarganegara Malaysia selepas memo ini dikeluarkan dan dilaksanakan pada 05 Ogos 2020. Tetapi yang peliknya, sindiket tersebut telah membuat persiapan 5 bulan sebelum memo ini diumumkan dan dilaksanakan. Waktu ini sama dengan waktu YB Datuk Seri Wee Ka Siong dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia.

Ya, sindiket yang saya sebut ini adalah Tumpuan Megah Development Sdn Bhd dan Straits Inter Logistics Berhad yang dimiliki oleh Dato Sri Ho Kam Choy dan Chang Poh Nee. Dari segi permukaan,Tumpuan Megah Development Sdn Bhd dan Straits Inter Logistics Berhad adalah syarikat yang sah, kaya dan berjaya, malahan disebaliknya Tumpuan Megah Development Sdn Bhd dan Straits Inter Logistics Berhad adalah sindiket haram yang terbesar di Malaysia. Aktiviti-aktiviti sindiket haram ini bukan sahaja pada aktiviti-aktiviti yang dinyatakan sebelum ini tapi ia termasuk pengubahan atau pencucian wang haram dan juga memanipulasi pasaran saham.

Mereka mempunyai rangkaian hubungan yang cukup kukuh, rapat dan mengawal anggota penguatkuasaan di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, mereka tidak pernah ditahan atau ditangkap oleh penguatkuasaan Malaysia. Walaupun begitu, sindiket ini sering memperalatkan anggota dan pengawai penguatkuasaan untuk menangkap syarikat pesaing bersalah berdasarkan undang-undang Malaysia tetapi disebaliknya mereka barulah ialah penjenayah yang sebenarnya.

Warga Malaysia yang saya hormati, sanggupkah kami membiarkan Malaysia yang cantik dan mulia ini dikawal oleh pegawai-pengawai dan menteri-menteri yang bersekongkol dengan sindiket haram Tumpuan Megah Development Sdn Bhd dan Straits Inter Logisitics Berhad? Mari kami berbangkit bersama dan menghapuskan rasuah-rasuah yang wujud di depan mata kita. Saya akan mengemukakan senarai nama pegawai, ahli politik dan menteri-menteri yang mempunyai hubungan haram dengan Tumpuan Megah Development Sdn Bhd dan Straits Inter Logisitics Berhad melalui facebook, whatsapp dan email yang seterusnya. Untuk sesiapa yang mempunyai berita atau info yang mengenai Tumpuan Megah Development, sila viralkan bersama atau kirim kepada saya.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Fauzan Bin Jamil
920323016739
No 11, Kampung Melayu, 83500, Parit Sulong, Johor.
fauzanbin.9203@gmail.com

CC kepada:
Yang Di Pertuan Agong
Sultan Johor
Perdana Menteri
Istana Negara
Ketua Setiausaha Negara
Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Dalam Negeri
Bank Negara
Bursa Saham
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Jabatan Laut Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayisa
Malaymail
Metro Harian
Utusan
China Press
Sin Chew Daily
New Strait Times
Malaysia Kini
PAS
DAP
Petronas
Masa
Biro
AGC
Masa
Biro
AGC

Sejarah.

Sejarah Kedah, Rakyat Kedah Harus Ambil Tahu!

Pada hari ini dalam tahun 1821 (12 November 1821), Kota Kuala Kedah yang meriah dengan majlis kenduri menikah putera Dato Laksamana Kedah dengan Dato Bendahara Paduka Sri Maharaja, dikejutkan dengan kehadiran gerombolan orang Siam yang diketuai anak Raja Ligor bernama Phya Buri Sakhmuton.

Mulanya rombongan dari Ligor itu memberitahu Dato Bendahara, kehadiran mereka sekadar untuk mendapat bekalan beras setelah mereka kekurangan makanan disebabkan perang yang berlarutan dengan Burma. Lalu Dato Bendahara mengerahkan sekalian rakyat Kedah segera mengumpul beras untuk diberikan kepada Siam. Dalam mereka berbincang, Phya Buri Sakhmuton memberi isyarat kepada orang orangnya untuk menyerang sekalian orang Kedah yang berada di dalam dan luar kota.

Tercetuslah serangan yang dahsyat dalam keadaan orang Kedah tidak bersedia. Hampir kesemua dibunuh. Kuala Kedah bermandi darah. Mayat bergelimpangan di serata ceruk dan hanya sedikit yang sempat bersembunyi menyelamatkan diri. Rupa rupanya angkatan Phya Buri sudah cukup bersedia. Mereka hampir 7,000 orang kesemuanya menyerang dari laut dan darat di sepanjang laluan ke Kuala Kedah. Selain sekitar kota, serangan paling hebat mereka lancarkan adalah di kawasan tebingan Sungai Anak Bukit, di Alor Madi dan Suka Menanti hari ini

Kekejaman mereka tidak terlawan oleh orang Kedah yang sama sekali tidak menyangka akan diserang oleh angkatan Ligor yang pengecut itu. Betapa kejamnya tentera Siam, orang kampung dibakar hidup hidup di dalam perdu pokok mati, kemudian diratah isi mereka oleh tentera Siam. Wanita hamil dibelah perutnya, direntap keluar anak di dalam untuk dijadikan bahan judi, lelaki atau perempuan.

Begitulah betapa tidak berperikemanusiaan tentera Ligor terhadap rakyat Kedah.

Sejak itu, saki baki orang Kedah yang lari menyelamatkan diri ke Perai, cuba bangkit untuk mendapatkan kembali negeri pusaka nenek moyang ini. Pada 1831, angkatan Tunku Kudin dengan kekuatan 5,000 pahlawan Kedah berjaya menduduki semula Kota Kuala Kedah. Namun setelah terkepung selama lima bulan, kehabisan makanan dan ramai yang syahid, mereka tertewas juga.

Pada 1838, muncul pula Tunku Muhammad Saad untuk menuntut bela. Dengan ribuan tentera dari Rembau, Acheh, Kelantan, Terengganu, Hulu Pahang dan Sulu, mereka berjaya. Kota Kuala Kedah ditawan semula setelah mereka melalui banyak siri pertempuran hebat di darat dan di laut. Tunku Muhammad Saad dengan panglima barisan hadapan beliau diketuai Tok Moh Ris dari Kubur Panjang, Tunku Muhammad Akib, Panglima Muhammad Taib, Dato Wan Muhammad Ali, Syeikh Abdul Samad Al Falimbani berjaya mara hingga ke Singgora.

Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tentera Siam, malahan juga British yang telah belot, mengepung mereka di laut, menyekat bekalan makanan, senjata dan ubat ubatan.

Tidak cukup dengan itu, orang Melayu Kedah sendiri yang bacul, ramai memihak kepada Siam. Antara pembelot Melayu yang tersohor ialah Panglima Yu dan Panglima Barim, yang tewas dalam pertempuran dengan pahlawan Kedah di Pulau Songsong.

Dalam serangan untuk mendapatkan kembali Kota Kuala Kedah, orang Siam yang berkawal di situ tidak lebih 70 orang. Hampir 300 orang lagi adalah orang Melayu yang belot.

Semasa di Singgora, Tunku Muhammad Saad melaung kepada perwira perwira Kedah: “Hari ni, kita akan mengamuk sampai ke Bangkok!”

Namun takdir Allah, mereka terhalang oleh ribut monsun. Dan ketika itulah, British yang belot atas kepentingan perang dengan Burma yang bermula pada 1824, menghantar bantuan kepada Siam. Siam yang baru mendapat kekuatan semula, telah menyerang balas angkatan Kedah hingga menyebabkan mereka terpaksa berundur.

Jika orang Palestin mengenang peristiwa Naqbah, orang Kedah patut mengenang tarikh ini sebagai Hari Perjuangan, mengambil ibrah atas semangat kepahlawanan datuk nenek kita dahulu, yang begitu berani dan tabah menentang penjajahan.

Seorang pegawai tentera laut British, Kapten Sherard Osborn dalam bukunya The Blockade of Kedah 1838 menulis perbandingan pengalaman beliau berperang di India dan Kedah.

Katanya: “Di sepanjang Pantai Coromandel, penduduk pribumi menjilat tangan yang menzalimi mereka seperti anjing. Di Kedah, orang Melayu melawan habis-habisan pihak yang menindas mereka. British sepatutnya menjadi bangsa yang pertama menghormati dan mengiktiraf semangat perjuangan orang Melayu Kedah.”

Nah! Ramai tertanya tanya, mengapa sejak kemaren kami sebilangan anak anak Kedah menggunakan gambar profil Harimau Melompat. Ini adalah bendera Negeri Kedah pada era Sultan Ahmad Tajuddin, ketika Kedah diserang oleh Siam pada 1821.

Marilah kita menghayati kisah perjuangan datuk nenek kita untuk diadaptasi dalam kehidupan kita hari ini.

Jangan biarkan jiwa kita mati tanpa pengetahuan dan semangat … kerana ia adalah seumpama mati sebelum mati.

Marilah kita mengenang betapa sukarnya mereka mempertahankan tanah air ini, dan isilah nikmat kebebasan ini dengan semangat untuk kita wariskan tanah pusaka ini kepada anak cucu dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Hapuskan orang seperti Panglima Yu dan Panglima Barim yang ada di sekeliling kita. Mereka ada pembelot agama, bangsa dan negara.

ALLAHUAKBAR

Kredit #KedahKini

Cnp.

INI BUKAN RUMAH ALLAH, INI RUMAH SYAITAN!!

Imam yang berjalan menuju masuk ke dalam masjid terhenti langkahnya. Lalu dia memalingkan wajahnya ke arah susuk separuh abad yang sedang menjerit-jerit di luar pintu pagar masjid.

Kebetulan aku baru tiba di perkarangan masjid. Jadi di waktu aku berselisih dengan pakcik tersebut, dia sedang menjerit sambil memerhati ke arah masjid.

“INI BUKAN RUMAH ALLAH… INI RUMAH SYAITAN!!… INI BUKAN RUMAH ALLAH… INI RUMAH SYAITAN!!..”

Berkali-kali pakcik tersebut mengulangi perkataan yang sama. Hampir kesemua jemaah yang sedang berada di dalam masjid keluar untuk melihat pakcik tersebut.

“Kenapa orang tua tu?”

Salah seorang jemaah bertanyakan pada sahabatnya.

“Tadi aku nampak Pak Ngah On halau dia.”

“Halau? Dah kenapa halau dia?”

“Gila agaknya. Lagipun pakaian dia tu kotor.”

Aku mencuri dengar perbualan jemaah lain yang kebetulan berada berhampiran dengan tempat aku meletakkan motosikal. Usai mendengarnya, aku terus menuju ke arah pakcik tersebut mengikuti Imam masjid.

Lalu imam mendekatinya.

“Pakcik… Kenapa pakcik cakap macam tu?” Tanya Imam muda kampung aku yang baru sebulan menggalas tanggungjawab sebagai imam masjid.

“Ini bukan rumah Allah. Ini rumah syaitan. Kalian semua pulanglah. Solat apanya di rumah Syaitan.”

Dari gaya bahasanya, dia sepertinya bukan berasal dari sini. Usianya lebih dari separuh abad. Pakaiannya agak comot. Tetapi wajahnya bersih. Malah, giginya juga bersih dan agak putih berseri.

“Hoi orang tua. Cakap baik-baik sikit. Ni kan masjid.” Celah salah seorang jemaah masjid yang agak berang mendengar kata-kata dari pakcik tersebut.

“Sabaq Bang Man. Sabaq… Orang tu tak betul tu..” Jemaah lain cuba menyabarkannya.

“Astarfirullah Al Azim… Kenapa pakcik cakap macam tu. Ni kan masjid. Rumah Allah…” Imam membalas.

“Kalau ini rumah Allah, kenapa halau aku dari memasukinya? Apa kerana pakaian aku tidak cantik seperti kalian semua?”

Pakcik tersebut merenung tajam ke arah seorang lelaki yang merupakan ajk masjid kami.

“Kalau benar ini rumah Allah? Kenapa halau aku?”

Imam muda hanya terdiam mendengar apa yang keluar dari mulut pakcik tersebut.

“Sebab pakaian hang kotor. Sebab tu kami tak bagi masuk.” Bidas ajk yang direnung tajam orang pakcik tersebut mempertahankan perbuatannya.

“Apakah kerana baju aku agak compang-camping lalu kalian menganggap aku kotor. Sedangkan di pakaian aku ini tidak ada sedikit pun najis. Jika benar sekalipun aku ini kotor, maka apa tugas kalian semua? Apakah hanya solat dan memakan hasil dari kutipan masjid? Bukankah kalian semua diberi amanah untuk menjaga rumah Allah? Apakah menjaga rumah Allah itu hanya perlu dijaga bangunannya sahaja? Lalu bagaimana pula orang susah, fakir miskin, muallaf, musafir, yang hidup melarat, susah. Apakah kalian hanya hidup dengan kelompok kalian sahaja dan membiarkan orang lain merempat dan menuju ke Neraka? Demi Allah.. Aku akan tuntut apa yang kalian lakukan pada aku hari ini di depan Allah di akhirat kelak. Aku adalah seorang musafir yang menagih simpati dari pemegang amanah rumah Allah untuk aku berteduh. Tetapi kalian menghalau malah menghina aku. Jika pakaian aku kotor sepatutnya kalian berikan pakaian bersih untuk aku. Kerana aku punyai hak di atas kutipan derma kalian dari masyarakat. Sepatutnya kalian yang diberi amanah dari Allah lebih pentingkan masyarakat di sekeliling kalian dan bukan hanya pentingkan keceriaan bangunan batu itu semata-mata.”

“Tapi sekarang kan musim covid. Kami buat semua ni sebab arahan.” Balas ajk tadi yang masih cuba mempertahankan dirinya.

“Ya memang benar. Kita semua perlu menjaga diri. Tapi apakah sampai perlu kita menghalang orang lain dari memasuki rumah Allah? Apakah dia berjoget, berlari, bermain di dalamnya? Tidak! Dia hanya berjalan ke tempat solat dan beriktikaf di sana. Sedangkan di tempat-tempat lain di luar sana. Di pusat membeli-belah, mereka berjalan, berlari, malah memegang itu dan ini. Bukankah itu lebih berisiko dari duduk beritikaf di dalam masjid? Jadi kenapa kalian sampai menghalang orang yang jiwanya berada dalam genggaman Tuhan? Apakah kuman itu lebih kuat dari cinta Tuhan? Demi Allah… Apa yang kalian lakukan pada aku hari ini, akan aku tuntut di akhirat kelak.”

Belum sempat Imam muda mengeluarkan kata-kata, pakcik tersebut terus berjalan melintasi jalan raya menuju ke arah bangunan rumah kedai yang berada di sana.

“Pakcik…”

Imam cuba memanggilnya kembali. Tetapi tidak diendahkan olehnya. Tiba-tiba keluar beberapa orang dari kedai tersebut menghalangi penglihatan aku dari melihat susuk tubuh pakcik tersebut. Lalu aku cuba mencari akan kelibatnya namun tidak lagi kelihatan. Malah, tidak ada seorang pun yang melihat ke mana dia pergi. Sedangkan kawasan tersebut adalah kawasan yang agak lapang.

Maka viral-lah seluruh kawasan kampung kami, akan berita masjid didatangi malaikat berupa manusia. Sejak dari kejadiaan itu juga, pengurusan masjid berubah hampir keseluruhannya. Wang derma dimanfaatkan untuk kebajikan masyarakat.

Malah bukan itu sahaja, masjid turut menyediakan tempat beristirehat untuk mereka yang bermusafir dan ianya percuma. Selain dari itu, pihak masjid juga turut melakukan ziarah dari rumah ke rumah bagi memantau kehidupan masyarakat dia sekeliling.

Alhamdulillah.. Hari ini masjid kampung aku lebih ramai dan lebih meriah dari sebelumnya.

Tamat…

Namun apa yang saya cuba sampaikan dalam kisah ini, terutamanya kepada mereka yang diberi amanah oleh Allah dalam menjaga rumahNya, permudahkanlah urusan orang lain.

Saya bukan nak minta untuk dirapatkan saf, tidak. Tetapi sekurang-kurangnya permudahkan urusan orang dalam melakukan ibadah di rumah Allah. Jika orang yang datang itu tidak mempunyai penutup muka, sediakan penutup muka. Jika mereka tidak punyai sejadah, sediakan sejadah.

Penutup muka itu berapa sen sangatlah. Lagi pula, kalian tidak keluarkan satu sen pun dari poket kalian untuk membelinya. Sejadah pula adalah kain, dan ia boleh dinyahkuman dengan menggunakan spray nyahkuman atau sebagainya.

Tidak kisahlah apa pun caranya. Itu tugas kalian untuk menyelesaikannya. Tugas yang diamanahkan kepada kalian semua. Jadi laksanalah dengan sebaiknya.

Sekadar itu sahaja…
Ambillah pengajaran dari kisah diatas…
Menerima tanggungjawab sbg pemegang amanah rumah Allah bukanlah sekadar mengurus keewangan masjid sahaja…tapi memastikan keselesaan setiap ahli jemaah yg hadhir kemasjid,mendekati setiap ahli qariah dan mengambil tahu akan kebajikan setiap ahli qariah…kenduri kendara ahli qariah,mengenal pasti ahli qariah yg tak pernah kemasjid dan mendekati mereka dgn hikmah ….

#cnp..

Terkejut.

🔥 *TERKEJUT DAN SEDIH; SUDAH 40 TAHUN RAKYAT M’SIA MAKAN DAGING IMPORT YG DIRAGUKAN STATUS HALAL AKIBAT RASUAH; LAGI SEDIH APABILA ORG2 AGAMA DI JAKIM DIKATAKAN TURUT TERLIBAT: KERAJAAN WAJIB DAKWA MEREKA DAN JGN CUBA LINDUNGI SESIAPA TERUTAMA TOKEY2 BESAR YG MENDAPAT PERMIT IMPORT DAGING* https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/655478/sprm-mulakan-siasatan-buru-pegawai-kerajaan-disogok-kartel-daging-haram KUALA LUMPUR: The New Straits Times’ exposé of the activities of a syndicate, which smuggled in non-certified meat and sold it in Malaysia as halal products, has unearthed more startling revelations.

The frozen meat imported by the cartel from non-certified countries is not limited to beef, but also includes horse meat and kangaroo meat.

These items would, upon arrival in Malaysia, be mixed with beef in warehouses nationwide run by the cartel before being sold to unknowing suppliers.

Sources told the New Straits Times that among the stock they bring in are kangaroo meat, horse meat and beef. However, the beef is from animals of poor quality or even diseased, so it is obtained at much lower prices.

KARTEL DAGING 22 December

PEGAWAI-PEGAWAI kanan dari tidak kurang empat agensi kerajaan dilaporkan bekerjasama dengan ‘kartel daging’ untuk membawa masuk daging-daging tidak sah ke dalam Malaysia sebelum dipasarkan sebagai daging-daging yang mempunyai sijil halal.

Para pegawai kanan yang diberi amanah untuk memastikan hanya daging halal yang mematuhi standard untuk dipasarkan kepada umat Islam, sebaliknya menerima wang rasuah. Malah ada segelintir pegawai dilaporkan menerima habuan seks wanita sebagai sogokan untuk menutup mata terhadap operasi kartel daging berkenaan dan memastikan aktiviti haram mereka tidak dapat dikesan.

Difahamkan kartel berkenaan sudah beroperasi di negara ini selama lebih 40 tahun, di mana sindiket itu dipercayai mengimport daging dari rumah penyembelihan tanpa sijil halal dari beberapa negara seperti Brazil, Bolivia, Kanada, Colombia, Sepanyol dan Mexico.

Negara yang yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Malaysia untuk mengimport daging halal hanyalah, Australia, Argentina, Brazil, India, Afrika Selatan, Pakistan, Jepun, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Di mana urusan import diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Jabatan Kastam dan Polis Pelabuhan pula ditugaskan untuk menguruskan bekalan berkenaan sebaik sahaja memasuki pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.

Kartel daging yang sudah beroperasi bertahun-tahun lamanya itu menunjukkan mereka sudah mempunyai satu helah licik yang ampuh bagi memastikan produk-produk mereka berjaya melepasi pemeriksaan pihak berkuasa dari rumah sembelihan sehingga ke pelabuhan untuk dipasarkan.

New Straits Times memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa proses itu bermula di luar negara, di mana pegawai agensi kerajaan yang diamanahkan untuk memantau kualiti daging di rumah sembelihan perlu menentukan sama ada ia memenuhi kualiti standard pengesahan halal Kerajaan Malaysia yang ketat.

Sumber itu berkata, dalam kes-kes tertentu, pegawai berkenaan selepas menerima rasuah, akan meluluskan daging-daging berkenaan meskipun ia belum pun sampai di tempat pemeriksaan.

“Hanya terdapat dua agensi yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan kelulusan produk dari kilang pemprosesan di luar negara. Namun begitu banyak produk-produk daging dari kilang yang diragui memasuki Malaysia menimbulkan persoalan tentang keberkesanan sistem,”

Sumber itu memaklumkan, sebaik sahaja kartel berkenaan melepasi pemeriksaan peringkat awal, mereka menghadapi beberapa masalah untuk membawa produk itu ke dalam negara menerusi pelabuhan.

Tiga kawasan utama kemasukan kapal kata sumber itu, adalah zon bebas Pelabuhan Klang, Westport dan Northport.

Kartel itu katanya sudah bertahun-tahun berusaha memastikan ‘tali barut’ mereka dalam agensi kerajaan ditempatkan di pelabuhan tersebut.

Perkara ini katanya hanya boleh dilakukan dengan penglibatan pegawai atasan dari agensi yang bekerjasama dengan kartel tersebut.

“Salah satu modus operandi menggunakan borang K8 Kastam, ketika produk memasuki pelabuhan. Borang K8 bermakna sebuah kapal itu hanya boleh singgah di Malaysia sebelum berlayar keluar ke tempat lain,”

“Dalam kes ini, akibat pegawai korup, kapal berkenaan meskipun telah diistiharkan sebagai K8, barangan dibawanya masih boleh keluar melalui saluran lain,”

# BOIKOT MAKAN DAGING IMPORT #VIRALKAN DEMI UMMAH