HPJ.

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/PuanUntuk makluman, Hospital Putrajaya (HPj) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan sehingga kini beroperasi dengan 397 buah katil. Statistik kehadiran pesakit luar yang mencecah sehingga 1,000 orang setiap hari, ditambah dengan warga kerja sedia ada sebanyak 2,000 orang menjadikan hospital ini sebagai kawasan tumpuan yang amat padat.
3. Walau bagaimanapun, surau sedia ada di HPj adalah kecil dan menyukarkan bilangan pelawat yang ramai menggunakan kemudahan tersebut. Selain itu, ketiadaan balai pelawat di HPj juga menyebabkan ramai waris pesakit yang datang daripada jauh terpaksa bermalam di lobi HPj.
4. Sehubungan dengan itu, pihak HPj dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk menyediakan tanah kosong bersebelahan taman permainan kanak-kanak berhadapan lobi utama HPj sebagai tapak Surau dan Balai Pelawat yang akan digunakan secara bersama oleh pesakit, pelawat dan warga kerja HPj dan Institut Kanser Negara (IKN) yang berada bersebelahan. Untuk makluman, anggaran perbelanjaan bagi pembinaan Surau, balai pelawat dan TASKA tersebut adalah berjumlah RM6.01 juta berserta prasarana dengan kapasiti maksimum seramai 1,000 orang Jemaah.
6. Justeru, HPj dengan penuh pengharapan memohon YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan memberikan sumbangan ikhlas bagi menampung pembiayaan Surau & Balai Pelawat. Mohon pihak YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan memanjangkan hebahan ini juga kepada pihak lain yang berminat untuk menyumbang ke arah fisabilillah. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun seperti berikut:
I. Nama Bank : Bank Islam
Tabung Pembinaan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya
No Akaun: 16018010027944
atau
II. Nama Bank : Bank Rakyat
Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya
No. Akuan: 110981002095
7. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Bagi sebarang persoalan berhubung perkara ini boleh menghubungi Ustaz Kamaruzaman bin Abdul Aziz di talian 03-8312 1910, Ustazah Ummiaton binti Koronay di sambungan 4378 atau Puan Suziyana bt Sukri di talian 019-4300470.
Sekian, terima kasih.
Saya Yang Menjalankan Amanah.

Hjh Noorhayati bt. Hj. Amin
Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Hospital Putrajaya
Presint 7
62250 Putrajaya
Tel.:03-83145586
Fax:03-88880137

Walaupun tidak menderma harap share untuk kebaikan bersama.
Semoga dilimpahkan pahala berlipat kali ganda.

Tazkirah.

https://www.facebook.com/TGAR.ANNUURI/videos/2859290387730880/
______________________________

🌸 *INTISARI TAZKIRAH*🌸
*JUMAAT*
______________________________
*✒️Kehidupan didunia ini ibarat permainan demi permainan*
*✒️Permainan dunia ini hanya akan melalaikan dan juga amat meletihkan kerana disebabkan lupa kpd Allah dan melihat kpd keupayaan mahluk*
*✒️Jln penyelesaian kembali kpd لا اله الا الله محمد رسول الله terkandung didlm akidul iman utk dibawa dlm kehidupan menjadikan Allah sentiasa dirujuk*
*✒️Isu Iman adalah sesuatu yg tersembunyi dimana Allah SWT dijadikan rujukkan, di jadikan ingatan ( Allah sentiasa dihati) dan sentiasa dikasihi, sentiasa disyukuri, sentiasa di ta’zimi (dibesarkan diagungkan)*
*✒️Dgn tiada detik yg berlalu dlm kehidupan ini melainkan adanya Allah SWT, apa shj nikmat itu melainkan dtgnya dari Allah SWT, semuanya terkadung dlm*
*لا اله الا الله محمد رسول الله*
*✒️Pada 50 Akidul Iman dan 41 ada pada Iman kpd Allah dan 9 kpd Mohammadurasulullah SAW, ulamak menyimpulkan kesemuanya itu dibawah Mohammadurasulullah yg diumpamakan bagaikan laut yg tidak bertepi, kerana dgnnya lah kita dpt mengenal akan Allah, kerana dialah wasillah utk kita sampai kpd Allah*
*✒️Justru itulah kita perlu menuntut akan ilmu pewaris drpd Nabi yg bersanad rantaiannya dgn Nabi itulah jln dpt kita mengenal akan Allah SWT*
*✒️Kerana pada diri Rasulullah SAW itulah segala khazanah melaluinya, spt kita dpt kemuliaan Jumaat, bulan Ramadhan, mlm Lailatulkadar kerana MohammaduRasulullah SAW*
*✒️Bykkanlah Selawat atas nabi kerana disana adanya rahsia atas rahsia*

*Waullahuallam*

*Perkongsian dari petikan Tazkirah Oleh Tn Guru Ahmad Rozaini Abdul Rahman An-Nuuri*